Friday, November 26, 2010

Tip 3 Berikan senyuman tiga

Oleh Zamri Mohamad

Berikan senyuman tiga? Apakah itu senyuman tiga.

Apabila kita menyebut nombor satu, bibir kita akan kelihatan seakan muncung.
Apabila kita menyebut nombor dua, bibir kita akan kelihatan sedikit mendatar
Apabila kita menyebut nombor tiga, bibir kita akan meregang dan kelihatan gigi seperti tersenyum

Usah lama senyum tiga, kelak disangka senyum gila.

Tip 2 Jangan biarkan bakul kosong

Oleh Zamri Mohamad

Letakkan brosur, risalah atau kupon di dalam bakul yang disediakan dalam kedai. Bakul yang disediakan oleh kita bertujuan memudahkan pelanggan membawa produk. Pada masa sama, bakul itu juga menjadi wakil kita memasarkan produk lain. Maka masukkan kit pemasaran yang ringkas itu. Sehelai brosur atau kopun diskaun mungkin membantu.

Tip 1 Senaraikan sebab ditolak

Oleh Zamri Mohamad

Apabila bakal pelanggan menolak tawaran perkhidmatan kita, amalkan bertanya soalan ini, "Mohon bertanya Tuan, boleh beritahu saya apa yang menyebabkan Tuan menolak perkhidmatan ini?"

Soalan ini akan memberi senarai jawapan daripada prospek. Tulis setiap satu alasan. Jika ia berkaitan kelemahan produk, pada masa akan datang perbaiki.

Dari masa ke semasa kita lebih mengenal produk kita, mengatasi kelemahan dan mempunyai siri soalan penolakan yang dapat dijawab satu persatu.

Jangan marah, dengar dan tulis sahaja.